Kem Motivasi UPSR
Posted by Nurin Fadzil14 & 15 Mei 2011 ada Kem Motivasi UPSR darjah 6. Macam-macam rintangan kita orang lalu. Tapi best gila. Masa malam hari pertama tu kita orang kena tutup mata dengan kain hitam. Lepastu kena jalan dalam hutan mengiringi facilitatory. Masa tu kita orang jalan tak nampak apa-apa. Macam orang buta. Lepastu tiba di satu tempat ni facilitatory suruh kita orang cangkung. Tiba-tiba facilitatory ditempatkan kita orang di sebuah hutan. Kalau ramai-ramai tak apalah. Ni kena duduk sorang-sorang. Nasib baik duduk sorang-sorang tapi ada murid yang duduk jarak-jarak dengan kita orang. Lepastu facilitatory dengan 4 orang cikgu sekolah kita orang pergi dari situ meninggalkan kita orang setelah menempatkan kami. Ramai yang berselawat ada yang membaca doa. Aku besalawat. Tiba-tiba aku dengar seperti hantu menjerit. Aku tahu sebenarnya itu facilitatory kita orang. Ramai yang cuba untuk melawan hantu tersebut sebab dia orang tidak tahu itu sebenarnya cikgu. Yang paling kelaka dekat situ, ada lah seorang budak ni dia dahlah baca doa dengan salah lepastu dia jampi. Lepastu ada seorang kawan aku aku ni, hantu tu main rambut dia. Lepastu dia jawab apa tau "Kau jangan lah main rambut aku! Aku tahu lah rambut aku ni cun!". Aku pon ketawa dalam hati tetapi tersenyum. Lepastu aku kena kacau dengan hantu tu pakai pucuk. Dia ngusap badan belakang dengan jerit dekat telinga aku. Aku tak boleh nak kawal diri aku sebab aku menggigil. Aku tahu yang itu cikgu. Tapi hati aku cakap itu hantu. Lepastu ada seorang facilitatory ni suruh aku bangun tapi aku tidak mahu sebab aku takut. Lepastu facilitatory tu cakap yang dia bukan hantu. Aku percaya. Kaki aku menggigil masa tu. Susah nak bangun sebab kaki aku macam tak boleh nak gerak. Dalam perjalanan dari hutan sampai ke dom kaki aku asyik menggigil. Haha. Pasal hutan dah habis. Lepastu aku suka part jungle trekking. Best lah. Cabaran yang kita orang lalui ialah jalan atas tangki, dan turun bukit. Yang paling best masa jungle trekking,kita orang kena make up dengan lumpur. Nampak macam geli. Tapi dia buatkan kulit kita jadi tegang. Tengok lah kulit muka aku berseri-seri. Haha. Itulah anatara aktiviti-aktiviti yang mencabar dalam hidup aku. Kalau lah ada kem macam ini, aku nak pergi. Rugi diri aku kalau aku tak pergi.
